Ahad, 12 Februari 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL & BICARA CAFE AKHILL HAYY


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bertemu kembali di bulan yang mulia, Bulan Rabi'ul Awal bulan keputeraan Junjungan Besar Kita- Nabi Muhammad s.a.w.

Kaum Muslimin seluruh dunia akan menyambut tarikh keramat dengan pelbagai acara keagamaan seperti perarakan Maulidur Rasul, Tazkirah Seerah perjuangan Nabi dan sebagainya.

Warga kerja Matiq juga tidak terlepas untuk menganjurkan program seumpama ini tapi kali ini ada sedikit kelaianan dari program yang pernah dianjurkan dua tahun lepas.

Sambutan Maulidur Rasul kali ini ini menampilkan barisan pendakwah dari golongan artis serta mereka yang telah berkecimpung di dalam dunia seni seperti Ustaz Akhill Hayy dan isterinya Waheeda, Fedtri Yahya ( Fedtri TV3 ) dan Man Raja Lawak 5.

Program ini akan diadakan pada 19hb. Febuari 2012 ( Hari Ahad ), jam 9.30 malam di Ma'ahad Tahfiz Integrasi Akademi Iqro' AlQur'an di alamat Jalan Avenue Satu, Avenue Ampang, Ampang, Selangor. ( Bersebelahan Restoran Hafiz Corner / berhadapan dengan Bangunan MBI.

Kepada Muslimin dan Muslimat tidak kira samada yang berada di dalam dan diluar kawasan Ampang, anda semua dijemput hadir.

Objektif utama program ini adalah mengutip dana untuk pembinaan sebuah kompleks Tahfiz yang terletak di Batu 23, Sg. Lui, Hulu Langat.

Untuk keterangan lanjut mengenai program ini bolehlah menghubungi 019 2409651 ( Us. Shahrullah ) atau 017 6046148 ( Ustaz Juhari Noor ). Tuan Puan boleh lihat lokasi program melalui Peta online dibawah ini.

Isnin, 23 Januari 2012

MA'AHAD TAHFIZ INTEGRASI AKADEMI IQRO' ALQURAN


Hampir sebulan sessi persekolahan 2012 telah berlalu, banyak daripada kenangan pahit manis telahpun ditimba.

Bagi pelajar baru, pengalaman duduk di asrama merupakan satu pengalaman yang paling berharga sekali.

Jika sebelum ini mereka dikejutkan oleh belaian manja siibu, namun setelah berada di asrama kesemua itu terpaksa mereka lupakan buat seketika.

Di Ma'ahad Tahfiz, ppelajar asrama akan dikejutkan seawal jam 5.00 pagi. Setelah menunaikan solat subuh berjamaah, tazkirah serta peringatan ringkas akan disampaikan oleh ustaz-ustaz yang bertugas disini.

Sessi pembelajaran kdi Ma'ahad Tahfiz akan dimulakan pada jam 9.00 pagi diikuti kelas akademik /diniah pada jam 2.30pm. Setelah solat asar jam 5.00 petang pelajar diberi peluang untuk beriadhah.


Surau- tempat pengajian bagi Pelajar Kelas Hafazan


Bagi pelajar peringkat Nzirah dan Iqro', mereka belajar di dalam bilik darjah.


Sessi pembelajaran Komponen Akademik dan Diniah. Pelajar di katogerikan mengikut unur.


Nu'man Basyir dan Harith Akmal antara pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan PSRA

Jam 8.00mlm pengajian disambung semula sehingga jam 10.00 malam, Pelajar akan masuk tidur pada jam 11.00malam setelah menunaikan solat Isyak dan bacaan Surah AlMulk berjamaah.

Pengajian jam 9.00pagi hingga 11.00 pagi dan jam 8.00 malam hingga 10.00malam adalah berteraskan AlQuran dan Tahfiz. Solat Dhuha adalah antara aktiviti wajib dilakukan pelajar setelah habis kelas jam 11.00pagi.

Amalan mnunaikan solat Dhuha- adalah satu kemestian di Ma'ahad Tahfiz.

PERHIMPUNAN PAGI

Perhimpunan Rasmi Ma'ahad Tahfiz Akademi Iqro' AlQuran diadakan pada hari Isnin dan semua pelajar dan guru diwajibkan hadir di dalam perhimpunan ini. Dndangan nasyid Asmaul Husna, Nasyid Al Amal, Ukhuwah Fillah dan Negaraku adalah lagu-lagu yang berkumandang di dalam perhimpunan ini.


Sebelum sessi pembelajaran bermula , akan diadakan gotong royong mengemaskan dan membersihkan kawasan sekitar asrama. Selepas itu mereka bersiap untuk sarapan pagi dan masuk ke dalam kelas jam 9.00pagi.


Bergotong royong membersihkan tempat Wudhuk

Ahad, 27 Februari 2011

KOMPLEK TAHFIZ ALQURAN CAWANGAN SG. LUI,










Alhamdulillah, berkat doa dan solat Dhuha yang diadakan pada setiap hari , Allah telah mempermudahkan usaha Ma'ahad Tahfiz Integrasi Akademi Iqro' AlQur'an membuka cawangannya di Bt 23, Sungai Lui, Kajang, Selangor.

Sebidang tanah dengan keluasan tiga ekar telah diwaqafkan oleh tiga individu melayu untuk membina sebuah Komplek Tahfiz.

Maklumat Lanjut mengenai projek

Kos keseluruhan projek ini dianggarkan menelan belanja RM 15.6juta. Projek ini mengandungi empat fasa iaitu

Fasa Pertama
Pembinaan sebuah komplek Tahfiz yang mengandungi asrama, tempat pengajian, perpustakaan dan masjid

Fasa Kedua
Rumah penginapan warga emas yang ditinggalkan oleh anak -anak mereka i hospital-hospital.

Fasa Ketiga
Bengkel kemahiran / gelanggang sukan

Fasa Empat
Kuartes guru- guru.


Sehubungan dengan ini kami ingin membuka kepada orang ramai lot- lot waqaf bernilai RM 50.00 dan RM 100.00 satu kaki persegi.( Sijil waqaf akan dikeluarkan ).

Untuk keterangan Lanjut sila hubungi 03 42801863 ( Pejabat ) atau 019 2409651 ( Ustaz Shahrullah bin Saidon )

video


Ahad, 31 Januari 2010

Ukuwah Fillah

video

SEJARAH PENUBUHAN

Sejarah Penubuhan Ma'ahad Tahfiz Akademi Iqra' AlQur'an

Ma'ahad Tahfiz Akademi Iqra' AlQur'an atau nama singkatannya MATIQ ( No. Pendaftaran : 001811884-K ) telah diasaskan oleh Ustaz Shahrullah bin Saidon pada hari Sabtu 1hb. November 2008 bersamaan 2hb Zulkaedah 1429H

Matlamat utama penubuhan MATIQ ini adalah semata-mata ingin mendidik dan melahirkan anak-anak islam supaya menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat, bertanggung jawab, berkeperibadian yang mulia serta mampu memberikan khidmat yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Pelajar - pelajar yang belajar di MATIQ terdiri daripada Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin. Segala perbelanjaan dan keperluan mereka disini telah dibiayai sepenuhnya oleh MATIQ.

Pihak MATIQ turut menerima pelajar-pelajar dari asnaf fi Sabilillah selain di atas dengan mengenakan sedikit bayaran.

Bagi mencapai maksud dan cita-cita di atas maka Ma'ahad Tahfiz Akedemi Iqro' AlQur'an mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada para dermawan yang dimuliakan Allah.

Segala bantuan serta sumbangan Yang Berhormat, Tan Sri, Dato' Sri, Dato', Tuan / Puan, Saudara/i didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah s.w.t akan membalasnya dengan pahala dan kebaikan yang berlipat kali ganda serta mempermudahkan segala urusan Yang Berhormat, Tan Sri, Dato' Sri, Dato', Tuan / Puan serta Saudara/i

LOKASI KAMI

KAMI MEMERLUKAN SUMBANGAN ANDA